Peringkat yang paling sukar untuk menulis ialah pada perenggan yang pertama. Bila anda melihat keseluruhannya, ianya seakan satu misi yang mustahil untuk dilaksanakan.
Bayangkan anda ingin mendaki gunung, gunung yang sangat tinggi. Sekarang anda berada di kaki gunung tersebut dan melihat keatas. Di atas puncak gunung kelihatan panorama yang sungguh menawan dengan langit biru yang sungguh memukau. Bagaimana agaknya cara terbaik yang perlu anda lakukan untuk mendaki gunung tersebut.
Hanya terdapat satu cara, iaitu dengan mendaki secara berperingkat. Ianya mungkin
memenatkan, tetapi dengan azam dan keinginan, anda pasti berjaya.
Teknik menulis ebuku tidak jauh beza dengan teknik mendaki gunung. Anda perlu melakukannya secara berperingkat. Satu hari nanti anda pasti akan sampai ke langkahan terakhir dengan kepala anda diselaputi awan.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebagai pendaki gunung ialah menyediakan peralatan yang lengkap seperti alatan mendaki, jumlah makanan yang perlu dibawa dan sebagainya. Begitu jugalah halnya dengan menulis ebuku. Anda perlukan alatan yang dapat memudahkan anda untuk menulis. Sebagai contoh disini anda perlukan perisian note pad atau microsoft word untuk membolehkan anda menaip.
Anda juga perlu mempunyai PDF Conterver untuk memudahkan anda convert dari file word ke file PDF. Selain itu terdapat juga perisian yang lebih canggih dimana anda hanya perlu menekan satu butang bagi membolehkan anda convert semuanya kepada file PDF. Perisian ini dikenali sebagai eWriter pro.
~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-
Mula menulis ebuku
~-~-~-~-~-~-~--~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~
TAJUK
Pertama sekali kenal pasti apa tajuk ebuku anda. Senaraikan sebanyak mungkin tajuk-tajuk yang anda minat dan mahir tentangnya. Fikirkan sejenak isi-isi yang mungkin akan diletakkan dibawah tajuk-tajuk tadi. Pilih tajuk mana yang mempunyai isi paling banyak dan itulah tajuk yang betul-betul sesuai dengan anda.
Tajuk membantu anda fokus tehadap apa yang anda tulis. Tajuk membimbing anda untuk kekal pada landasan yang betul. Dengan berpandukan tajuk, anda tidak akan menulis tanpa tujuan.
TESIS
Seterusnya tuliskan tesis. Tulis Tesis anda satu perenggan atau lebih yang menerangkan apakah yang anda tawarkan dan bagaimana ebuku anda dapat menyelesaikan masalah. Pastikan setiap bab berdasarkan tesisi anda. Setelah tesis anda siap, anda sebenarnya secara tidak langsung telah membina tapak untuk ebuku anda. Daripada tapak tersebut ebuku anda akan berkembang dari satu bab ke satu bab.
Tesis anda akan membantu anda fokus tehadap ebook yang sedang anda tulis. Ingat, setiap bab perlu menyokong tesis anda. Sebagai contoh, anda menawarkan cara untuk menguruskan badan. "Dengan teknik kami, anda akan kurus dalam masa kurang dari 3 bulan. Kami akan dedahkan 99 rahsia menjadi kurus dalam 3 bulan" Pastikan setiap bab yang ada dalam ebuku anda menyentuh berkenaan cara menguruskan badan.
Apabila anda sudah mempunyai tesis, sebelum anda mula menulis, pastikan anda mempunyai sebab yang kukuh untuk menulis ebuku. Tanya diri anda beberapa soalan :
> Adakah ebuku anda menawarkan informasi yang berguna dan adakah informasi tersebut
masih boleh diguna pakai.?
> Adakah ebuku anda benar-benar memberi kesan kepada pembaca?
> Adakan ebuku anda cukup dinamik dan dapat menarik perhatian pembaca?
> Adakah ebuku anda dapat menjawab segala soalan dan masalah yang dihadapi pembaca?
> Adakan ebuku anda cukup dinamik dan dapat menarik perhatian pembaca?
> Adakah ebuku anda dapat menjawab segala soalan dan masalah yang dihadapi pembaca?
Jika anda dapat menjawab semua soalan di atas maka anda akan berasa yakin yang ebuku anda mempunyai kualiti dan berpotensi.
Pada post berikutnya saya akan mendedahkan lagi beberapa teknik utnuk menulis ebuku. tunggu..


No comments:
Post a Comment