Tuesday, May 26, 2009

PAK CIK SEARCH ENGINEKU

Salam dah dekat seminggu aku tak post kat blog yang serba hijau neh. maybe sebab agak sibuk dengan exam aku baru ni.
Tapi takpe kali ni tora datang lagi membawa permainan baru. Heee.. Ok kali ni aku nak kongsi sikit lagi pasal tajuk aku yang lepas iaitu antara cara mendapatkan tempat di hati pak cik search engine, seterusnya blog korang akan lebih dikenali ramai.
Selepas tajuk, antara ciri yang diambil kira oleh search engine ialah kekerapan penggunaan keyword korang pada setiap content yang korang post. Jadi lagi banyak penggunaan keyword dalam content, lagi cerahlah peluang blog korang mendapat 10 tempat teatas di search engine.
Contoh macam blog aku ni, so pada setiap post aku kena pastikan yang keyword blog aku iaitu pendapatan online (aku tengah buat sekarang) disertakan sekerap yang mungkin. Cara terbaik ialah kaji dahulu tentang sesuatu cerita yang bakal korang post di blog dan seeloknya biarlah tajuk dan post korang tu bardasarkan tentang keyword blog korang.
Kalau blog pasal jual batik canting, pastikan keyword batik canting kerap digunakan dalam setiap post korang. Kalau blog tentang bagaimana menjana pendapatan online (aku buat lagi hehee..) pastikan keyword pendapatan online (dan lagi) kerap digunakan.
Tapi untuk berjaya mendapat 10 tempat teratas bukanlah semudah yang disangka, sebab ada berjuta blog di internet. Tapi ia juga bukan mustahil untuk berjaya yang penting usaha dan tak putus asa.

Wednesday, May 20, 2009

MENDAPAT TEMPAT DI HATI EN. SEARCH ENGINE

Setengah jam sebelum keluar rehat hari ni aku sempat lagi memberi sikit tips yang tak seberapa kepada yang sudi membaca.

Kali ni aku nak kongsi sikit pasal tips untuk blog korang dapat tempat kat search engine. Sebenarnye tak lah susah sangat tapi kena usaha yang berterusan dan strategi yang tepat, dan yang paling penting jangan putus asa sebab benda ni mengambil masa yang agak lama untuk blog korang mendapat tempat.

Ok, kepada yang tak tau apa tu search engine (aku rasa semua tau) kat sini aku cerita serba ringkas. Ia adalah tempat korang taip keyword tentang sesuatu benda yang korang nak cari. Contohnya Yahoo, Google, MSN dan banyak lagi lah.



Ok antara tipsnya adalah korang kena search dulu keyword tentang tajuk blog yang korang nak letak tu. Tujuannya ialah untuk mengetahui potensi keyword tersebut. Adakah keyword yang bakal korang letak sebagai tajuk nanti merupakan keyword² yang sering digunakan oleh pengguna di search engine.

Bahasa mudahnya macam ni, katalah korang nak buat blog untuk jual topi. Jadi korang perlu search dulu di google keyword untuk keyword topi, adakah ramai yang menggunakan keyword ini.

Jika keputusannya ramai, maka korang boleh pakai keyword ni untuk blog korang. Mudah kan? Baiklah dibawah ni aku sertakan screen shot google keyword tool :


Untuk carian diatas aku gunakan keyword ebook.

Ni pulak keputusannya :


Hampir 1juta untuk keyword ebook dicari!!

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link kat bawah.


p/s: sory sebab gambar yang tak memuaskan puas dah aku cuba tapi tetap dengan hasil yang sama. Apa pun korang try sendiri, ni salah satu cara untuk mendapatkan tempat dihati en. search engine. Cara lain aku cerita kat post akan datang. chow!

Tuesday, May 19, 2009

EBOOK YANG POPULAR DAN MENDAPAT PERMINTAAN RAMAI


Hari ni aku tak busy sangat kat opis. Tambahan lagi bos pun takde jadi aku pun dengan tanpa melengahkan masa mencuri masa untuk membahagikan masa post kat blog yang serba basic ni. Kali ni aku akan tulis sikit pasal ebook yang popular dan mendapat permintaan ramai.


Satu sebab utama ramai membaca ebook adalah kerana ingin mencari informasi bagaimana untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan internet mereka. Ada juga yang membaca ebook untuk belajar tentang software terbaru, repair komputer dan bermacam lagi.

Tapi antara beribu ebook tentang sesuatu niche yang terdapat dipasaran, tak dapat dinafikan ebook buat duit adalah antara yang paling popular dan mendapat permintaan ramai. Malah tajuk ni aku rasa takkan lapuk sampai bila-bila.

Tulis saja ebook cara-cara buit duit di internet pasti ramai yang akan terus mendapatkannya. Kalau korang ada banyak pengalaman lagi bagus. Manalah tahu ada yang bekas-bekas peniaga ke, otai-otai MLM ke. Berdasarkan pengalaman korang pasti ebook korang akan lebih berkualiti dan mantap.

Tanyalah kawan korang siapa yang tak ingin buat duit. Tambahan lagi buat duit di internet adalah amat mudah dan sangat berpotensi jika kena dengan caranya. Terdapat pelbagai cara untuk mulakan perniagaan di internet dan antara yang paling popular dan mudah untuk dijual adalah produk digital seperti ebook.

Monday, May 18, 2009

Adsense

Nampaknya walaupun permohonan adsense aku dah berjaya tapi aku masih tak tau kenapa google tak dapat letak lagi iklan yang sesuai dengan content aku.. Lepas 10 minit aku apply semuanya berjalan lancar dan aku agak gembira disitu.. tapi sehari selepas tu aku hampa sebab iklan tersebut tidak lagi kelihatan.. camna pun aku akan terus berusaha untuk mendapatkan adsense yang pertama.. mungkin sebab blog aku yang sangat asas ni baru lagi agaknya jadi google bot belum crawl lagi secukupnya.. tolong ea en. google..

Sunday, May 10, 2009

MENGAPA MENULIS EBOOK

Menulis merupakan satu cabang komunikasi yang telah wujud sejak beratus tahun dahulu. Kita mengetahui sejarah-sejarah lalu melalui tulisan mereka yang hidup pada zaman itu. Tanpa tulisan sejarah juga tidak akan wujud. Begitulah pentingnya menulis.

Dunia, teknologi, idea, cara berfikir segalanya telah berubah. Apa yang diperlukan sekarang adalah mereka yang mempunyai idea inovatif dan cara berfikir yang kreatif bagi menyelesaikan masalah lama dengan cara yang terbaru.

Ebook adalah senjata berkuasa terbaru bagi mereka yang mempunyai idea-idea hebat dan asli untuk didedahkan kepada jutaan umat manusia yang berhempas pulas mencari cara dalam menyelesaikan masalah harian. Ebook juga bertindak sebagai sumber informasi bagi mereka yang dahagakannya. Jika anda mempunyai kemahiran yang dicari atau jarang terdapat pada kebanyakan orang, jadikannya ebook dan jual ianya pasti mendatangkan hasil.

Katakan anda mempunyai idea yang hebat dan ingin mula menulis ebook. Anda duduk didepan komputer sambil menatap skrin yang masih kosong dan tertanya-tanya kenapa? Mengapa anda ingin mencari masalah dengan menghasilkan ebook sedangkan amat sukar untuk menjual sesuatu produk pada zaman sekarang?

Baiklah disini saya jelaskan bahawa menjual ebook adalah sangat berbeza dengan menjual buku fizikal. Mari kita lihat secara terperinci apakah perbezaan ketara antara menjual ebook dengan buku fizikal dan banyak lagi sebab kenapa anda perlu membiarkan jari-jemari anda menari-nari diatas keyboard anda sekarang!

Menghasilkan buku fizikal mempunyai banyak rintangan dan cabaran yang perlu anda tempuh. Walau sebaik mana buku yang anda hasilkan dan seramai mana mentor atau otai telah memberitahu anda yang manuskirp anda bagus dan mempunyai nilai pasaran masa kini, tetapi jika manuskrip yang anda hasilkan tidak memenuhi kehendak penerbit, sudah pasti ianya ditolak.

Katakan manuskrip anda diterima, dan tiba masa untuk anda cetak buku tersebut. Disini kebanyakkan syarikat cetakkan mensyaratkan sekurang-kurangnya 500 salinan bagi setiap cetakkan. Ia akan menelan belanja sehingga beribu-ribu ringgit. Sesetengahnya pula mengkehendakkan 1000 hingga 2000 salinan bagi setiap cetakkan, sekarang anda buat kiraan sendiri. Sekalipun anda mampu untuk meneruskan proses ini, anda pasti tidak mahu mengambil risiko terhadap wang anda.

Katakan anda telah mempunyai perniagaan internet anda sendiri dengan web jualan dan produk yang berkualiti. Ebook adalah satu cara yang sangat berkuasa dalam mempromosikan perniagaan anda juga dalam masa yang sama mengajar pembaca dengan pengetahuan yang anda miliki sebagai pemilik perniagaan dalam bidang yang khusus.

Sebagai contoh anda adalah seorang tukang masak hotel yang telah berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang masakan. Sekarang anda telah bersedia untuk berkongsi rahsia dan pengalaman anda itu kepada semua. Menulis ebook adalah cara yang paling ideal bagi anda mencapai jumlah pelanggan yang besar. Ia juga tidak perlu melalui banyak proses dan anda boleh menyimpan keuntungan 100%.

Kaji apakah kelebihan yang anda miliki. Sasarkan terhadap sesuatu niche (pasaran tertumpu). Tulis apa yang anda tahu dan minat. Baca ebook-ebook berkenaan niche anda dan cari ruang-ruang kosong yang ditinggalkan didalam ebook tersebut dan anda penuhkannya. Anda tidak memerlukan segulung ijazah untuk menghasilkan ebook. Pembaca hanya perlukan maklumat yang tepat dan mudah untuk difahami. cukup sekadar anda tahu membaca dan menaip. :)

Ebook bukan sekadar mempromosikan perniagaan anda, ia juga turut membantu membina nama anda dan syarikat. Anda juga akan dikenali sebagai pakar dalam sesuatu bidang jika dapat menerbitkan banyak ebook yang berkualiti.

Diharap anda sentiasa fokus terhadap matlamat anda dan lebih mengutamakan isi kandungan yang berkualiti dari habuan yang bakal anda terima. Mungkin anda ingin membina perniagaan khusus dalam penghasilan dan penerbitan ebook sahaja. Semoga berjaya dengan ebook yang pertama.
















Saturday, May 9, 2009

Bagaimana Ingin Menulis ebuku


Peringkat yang paling sukar untuk menulis ialah pada perenggan yang pertama. Bila anda melihat keseluruhannya, ianya seakan satu misi yang mustahil untuk dilaksanakan.

Bayangkan anda ingin mendaki gunung, gunung yang sangat tinggi. Sekarang anda berada di kaki gunung tersebut dan melihat keatas. Di atas puncak gunung kelihatan panorama yang sungguh menawan dengan langit biru yang sungguh memukau. Bagaimana agaknya cara terbaik yang perlu anda lakukan untuk mendaki gunung tersebut.

Hanya terdapat satu cara, iaitu dengan mendaki secara berperingkat. Ianya mungkin
memenatkan, tetapi dengan azam dan keinginan, anda pasti berjaya.

Teknik menulis ebuku tidak jauh beza dengan teknik mendaki gunung. Anda perlu melakukannya secara berperingkat. Satu hari nanti anda pasti akan sampai ke langkahan terakhir dengan kepala anda diselaputi awan.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebagai pendaki gunung ialah menyediakan peralatan yang lengkap seperti alatan mendaki, jumlah makanan yang perlu dibawa dan sebagainya. Begitu jugalah halnya dengan menulis ebuku. Anda perlukan alatan yang dapat memudahkan anda untuk menulis. Sebagai contoh disini anda perlukan perisian note pad atau microsoft word untuk membolehkan anda menaip.

Anda juga perlu mempunyai PDF Conterver untuk memudahkan anda convert dari file word ke file PDF. Selain itu terdapat juga perisian yang lebih canggih dimana anda hanya perlu menekan satu butang bagi membolehkan anda convert semuanya kepada file PDF. Perisian ini dikenali sebagai eWriter pro.

~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-
Mula menulis ebuku
~-~-~-~-~-~-~--~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~
TAJUK

Pertama sekali kenal pasti apa tajuk ebuku anda. Senaraikan sebanyak mungkin tajuk-tajuk yang anda minat dan mahir tentangnya. Fikirkan sejenak isi-isi yang mungkin akan diletakkan dibawah tajuk-tajuk tadi. Pilih tajuk mana yang mempunyai isi paling banyak dan itulah tajuk yang betul-betul sesuai dengan anda.

Tajuk membantu anda fokus tehadap apa yang anda tulis. Tajuk membimbing anda untuk kekal pada landasan yang betul. Dengan berpandukan tajuk, anda tidak akan menulis tanpa tujuan.

TESIS

Seterusnya tuliskan tesis. Tulis Tesis anda satu perenggan atau lebih yang menerangkan apakah yang anda tawarkan dan bagaimana ebuku anda dapat menyelesaikan masalah. Pastikan setiap bab berdasarkan tesisi anda. Setelah tesis anda siap, anda sebenarnya secara tidak langsung telah membina tapak untuk ebuku anda. Daripada tapak tersebut ebuku anda akan berkembang dari satu bab ke satu bab.

Tesis anda akan membantu anda fokus tehadap ebook yang sedang anda tulis. Ingat, setiap bab perlu menyokong tesis anda. Sebagai contoh, anda menawarkan cara untuk menguruskan badan. "Dengan teknik kami, anda akan kurus dalam masa kurang dari 3 bulan. Kami akan dedahkan 99 rahsia menjadi kurus dalam 3 bulan" Pastikan setiap bab yang ada dalam ebuku anda menyentuh berkenaan cara menguruskan badan.

Apabila anda sudah mempunyai tesis, sebelum anda mula menulis, pastikan anda mempunyai sebab yang kukuh untuk menulis ebuku. Tanya diri anda beberapa soalan :

> Adakah ebuku anda menawarkan informasi yang berguna dan adakah informasi tersebut
masih boleh diguna pakai.?
> Adakah ebuku anda benar-benar memberi kesan kepada pembaca?
> Adakan ebuku anda cukup dinamik dan dapat menarik perhatian pembaca?
> Adakah ebuku anda dapat menjawab segala soalan dan masalah yang dihadapi pembaca?

Jika anda dapat menjawab semua soalan di atas maka anda akan berasa yakin yang ebuku anda mempunyai kualiti dan berpotensi.

Pada post berikutnya saya akan mendedahkan lagi beberapa teknik utnuk menulis ebuku. tunggu..