Thursday, April 2, 2009

CAHAYA BARU MENJANA PENDAPATAN

Salam dan selamat sejahtera semua. Tahniah! anda telah menuju tepat ke landasan yang sepatutnya, saya yakin anda tidak sabar untuk menerima laporan percuma tersebut. Sebelum itu izinkan saya memberi sedikit pengenalan tentang dunia perniagaan internet yang sungguh berpotensi ini.
  • Tahukah anda jumlah pengguna internet diseluruh dunia sehingga 31 mac yang lepas adalah seramai 1,596,270,108 orang!!! pengguna di Asia sahaja hampir mendominasi separuh daripada pengguna internet di seluruh dunia dengan 41.1% berbanding 58.9% selebihnya adalah pengguna internet di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja bilangannya mencecah 15,100,000 orang!! Sejak tahun 2000 hingga kini, kadar penambahan penggunaan internet di Malaysia adalah hampir 265%!! Melihat statistik ini, jelas menunjukkan penggunaan internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas! Nah! tidakkah anda nampak peluang yang sangat luas terhidang didepan mata? apakah erti semuanya ini?
  • Ini bererti bilangan bakal pelanggan anda adalah dari serata dunia! ya, serata dunia!! Melalui atas talian ataupun online tidak ada sempadan yang dapat memisahkan anda dan pelanggan anda untuk berhubung dan seterusnya membeli produk anda. Anda boleh menjual terompah kepada pelanggan anda di mexico!!
  • Ramainya pengguna internet bererti ramai jugalah bakal pelanggan anda dan semakin penatlah anda untuk mengira wang. ;-) Katakanlah anda mempunyai satu produk yang hebat, anda dapat menjualnya dengan baik disekitar rumah anda. Ramai pelanggan dari sekitar rumah anda telah mengenali anda kerana produk hebat tersebut. Anda mendapat pulangan lumayan daripadanya. Tetapi ingat, itu hanyalah pelanggan dari sekitar rumah anda sahaja. Sekarang bayangkan jika anda mengiklankan produk anda melalui internet dan pelanggan anda datang dari seluruh dunia!! (maaf, pada ketika ini mungkin anda akan pengsan melayan pesanan pelanggan anda). Walaupun mungkin produk anda tidak begitu popular atau tidak ramai yang menggunakannya dan anda hanya menjualnya rm1.00 setiap satu tetapi apabila ianya berada di internet, dengan bilangan bakal pelanggan anda yang sangat ramai, ianya menjanjikan sesuatu!

Disini saya senaraikan beberapa kelebihan utama perniagaan internet :

  • MODAL - untuk memulakan perniagaan di internet anda tidak memerlukan modal yang besar berbanding memulakan perniagaan sebenar. Anda hanya memerlukan modal untuk menyewa tapak (web hosting), nama perniagaan (domain name) dan laman web. Terdapat pelbagai pakej web hosting di internet yang menawarkan harga dari rm20.00 sehingga rm150.00 sebulan bergantung kepada keperluan anda. sila lawati http://www.sempoihosting.com/ untuk maklumat lanjut. Pembelian domain name pula adalah berdasarkan yuran tahunan. Anda boleh mendapatkannya bermula dengan harga rm50.00 setahun. Laman web, mungkin masih ramai diantara kita yang mengeluh apabila mendengar perkataan membina laman web. Terbayang disitu kesukaran, kepayahan dan mungkin ketidakpastian untuk membina laman web sendiri. Sebenarnya ianya tidaklah sesukar mana, dengan adanya perisian-perisian yang serba canggih di pasaran anda boleh membina laman web semudah A,B,C!! Layari sahaja laman web yang memberikan panduan-panduan membina laman web dari A sehingga Z, semuanya tersedia untuk anda. Perisian-perisian seperti Microsoft Frontpage, Macromedia Dreamweaver, Adobe Photoshop dapat membantu anda. Anda tahu menggunakan Microsoft Word? (kebanyakan dari kita sudah tahu menggunakannya sejak di sekolah rendah lagi) ya! dengan menggunakan Microsoft Word anda boleh membina laman web. Mudah bukan?
  • Hampir semuanya automatik - dapatkah cara ini dilakukan di perniagaan sebenar? Sudah tentu tidak. Anda akan memerlukan pekerja lain untuk memantau segala aktiviti perniagaan anda atau dengan kata lain anda perlu keluar duit!! Dengan kemudahan-kemudahan di intenet, hampir semua urus niaga akan berlaku secara automatik. ya automatik!! Bermula dari pesanan sehinggalah pembayaran, ia dilakukan secara automatik. Anda juga boleh mempunyai lebih dari satu perniagaan kerana tidak begitu banyak masa diperlukan untuk menguruskan sesebuah perniagaan internet yang telah berjalan.
  • Tiada risiko - Perniagaan internet tidak mengundang risiko besar, anda tidak perlu memohon lesen yang tanpanya perniagaan anda akan disita. Tidak perlu ada pejabat, anda boleh menjual produk anda dari mana saja yang anda rasa selesa mahupun dari atas katil. ;-) Disini anda tidak perlu risau tentang kebakaran atau pun kecurian.
  • Punya lebih banyak masa - Anda beruntung kerana akan mempunyai lebih banyak masa apabila berniaga di internet. Ini kerana ada dapat memantau perniagaan anda melalui komputer riba dengan hanya duduk selesa di atas sofa sambil menonton rancangan kegemaran. Anda juga dapat meluangkan lebih banyak masa untuk bergembira bersama keluarga tercinta.
  • Kecil periuk besar kerak - Anda pernah mendengar peribahasa yang berbunyi "besar periuk besarlah keraknya"? tetapi untuk perniagaan di internet peribahasa itu tidak sesuai lagi. Anda tidak memerlukan modal yang beratus ribu untuk mendapatkan pulangan yang lumayan. Dengan modal yang berpatutan anda dapat menjana pendapatan yang sama atau lebih lumayan daripada perniagaan sebenar yang menjual produk yang sama seperti anda. Mungkin di internet peribahasa "kecil periuk besar kerak" patut diguna pakai. ;-p

Dengan info yang tidak seberapa di atas diharap sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenal serba ringkas tentang dunia perniagaan internet yang penuh potensi ini. Dengan bakal pelanggan yang datang dari serata pelusuk dunia, modal permulaan yang rendah dan potensi untuk berjaya yang sangat tinggi, apa lagi yang anda nantikan? bertindak sekarang!! sesaat anda lambat bertindak, beribu pesaing anda memotong anda.

Baiklah, seperti yang dijanjikan saya akan memberikan anda laporan percuma membongkar rahsia kekayaan... klik link di bawah untuk dapatkan laporan terebut.

http://offto.net/pendapatanon9/

P/S: pastikan anda betul-betul bersedia kerana kejutan besar bakal berlaku dan anda sebenarnya berada di landasan yang betul dalam mengejar cita-cita jutawan!!